2 Amalan Pembuka Barakah Ramadhan.

Gerbang Syabaan bakal tertutup bagi membuka laluan untuk Gerbang Ramadhan untuk Hijriyah yang ke 1437. Pada masa yang sama, kerajaan langit sedang bersiap siaga, barisan para Malaikat yang lengkap dengan kehebatan luar biasa sedang menanti arahan dari Tuhan Yang Maha Agung, menggempur kubu-kubu para Syaitan laknatullah untuk menghukum mereka selama Gerbang Ramadhan terbuka. Para Malaikat neraka sedang menanti bilakah masanya Pintu Neraka ditutup yang bakal dilakukan oleh Ketua mereka yaitu, Malaikat Malik, bagi memberi laluan kepada Malaikat Ridhwan, penjaga pintu syurga, yang patuh setia kepada Allah, untuk membuka pintu Syurga.

Maka bila kejadiaan ini berlaku, Allah SWT membuka pintu rahmat seluas-luasnya, sejauh mata memandang, tidak dapat diukur, tidak dapat dihitung bilangan rahmat itu. Ibarat, raja membuka kubu hartanya kepada rakyat, untuk rakyat mengambil dan memanfaatkan secara percuma. Rakyat tidak perlu bayar, hanya perlu mengikut undang-undang untuk masuk ke kubu tersebut. Walaupun, gambaran ini tidak setanding dengan apa yang Allah SWT lakukan, tetapi secara kasarnya sangat hampir. Dan kejadiaan ini, bakal berlaku dalam masa beberapa hari lagi.

Sebagai manusia, hamba Allah, rakyat Allah dan ciptaan Allah. Sesungguhnya, Allah SWT dan para malaikat-Nya sudah bersiap sedia untuk membuka gerbang Ramadhan. Persoalannya, sudahkah kita bersedia untuk masuk ke dalam Ramadhan? untuk tahun yang 1437 H ini. Saya tinggalkan persoalan itu pada para pembaca, kerana jawapan anda tidak dapat saya lihat, kerana ia berada di sudut yang paling dalam, di dalam hati anda.

Saya tegaskan 2 amalan yang mudah dan ringan untuk para membaca untuk dipraktikan sepanjang Ramadhan yang diberkati. Seperti berikut :

1. Sujud.

Selain daripada solat, kita juga boleh melakukan sujud tanpa mengikut arah kiblat seperti solat fardhu. Sujud ini dikenali sebagai sujud syukur. Kita sujud dengan penuh rasa rendah diri dihadapan Allah SWT, meletakkan dahi diatas lantai, membuka jiwa dan hati yang disertai sejuta pengharapan belas ihsan kepada Allah SWT.

Lakukanlah Sujud syukur sebanyak yang mampu anda lakukan ketika bulan ramadahn berlangsung. Jangan bermalas-malasan, kerana ia adalah sifat syaitan. Para Ulama juga mengatakan bahawa, manusia sangat hampir kepada Allah SWT ketika sujud. Dan sujud juga adalah antara perbuatan menunjukan syukur kepada Allah SWT.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". Ibrahim 14:7


2. Doa,

Semua manusia sangat memerlukan pertolongan Allah SWT dalam apa jua keadaan. Namun kadangkala kita lupa untuk meminta kepada Allah,terutamanya dalam keadaan yang senang. Apakan daya kita manusia yang bersifat pelupa kepada Pencipta kita.

Tetapi itu, bukanlah alasan untuk kita berpaling daripada Allah SWT. Kerana, Allah SWT sangat menyukai hamba Nya yang berdoa kepada Nya.

Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya Rabb-mu (Allah) Ta’ala adalah maha pemalu lagi maha mulia, Dia malu terhadap hamba-Nya (yang berdoa dengan) mengangkat kedua tangannya kepada-Nya kemudian Dia menolaknya dengan hampa” (Hr Abu Daud, at Tarmizi, ibnu Majah & ibnu Hibban)

Oleh itu, pada bulan Ramdhan yang bakal tiba beberapa hari lagi. Keraplah berdoa kepada Allah SWT. Kalau boleh berdoalah kepada Allah setiap selang 15 minit, 30 minit atau mengikut kesenangan para pembaca, Mintalah kepada Allah, agar hati kita dipancari nur iman, taufik dan hidayat diberikan, anggota badan kuat mengamalkan perintah Tuhan dan Mati dalam iman.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada Mahasiswa/i Islam, UNITEN.
Ramadhan 1437H.



alfikirummat.blogspot.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...