13 RUKUN SOLAT WAJIB DI-KETAHUI.

Assalammualaikum,

Ramai sekali terlepas pandang mengenai pentingnya mengetahui rukun solat. Tambahan, disekolah subjek pendidikan islam tidaklah beberapa memberangsangkan minda para pelajar muslim, kerana suasana belajar pendidikan islam sama sahaja dengan suasana belajar subjek sains,sejarah,geografi & matematik. Sama-lah juga diperingkat Institusi pengajian tinggi, sudahlah tidak menyeluruh, keadaan pembelajaran pula tidak begitu menepati ciri-ciri yang diketengahkan dalam islam.

Sesi pembelajaran apa sahaja bidang ilmu agama tidaklah sama dengan bidang ilmu yang lain, terdapat disiplin yang harus dipatuhi dan dipraktikan semasa dalam pengajian agama. Agama islam adalah agama yang benar dan haq, sebab itu apabila mempelajari ilmu agama dengan tidak menepati kaedah yang dikehendaki, maka ilmu dan kesan pembelajaran agama itu sendiri tidak menyerap sepenuhnya ke jiwa rohani para pelajar.

Soal agama bukan soal dunia, berapa ramai pelajar islam yang menyimpang daripada jalan islam? terlalu ramai pelajar islam yang mengambil mudah akan ilmu islam. Hal ini, kerana sesi pembelajaran sekolah kerajaan, pendidikan agama tidak begitu di tekankan sedang peraturasan pelajar muslim adalah besar berbanding pelajar bukan islam.

"Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)


Apabila pendidikan agama islam tidak anggap serius oleh kementerian pendidikan, lihatlah keruntuhan moral dikalangan remaja islam masa kini, bahkan diperingkat penjawat awam bilangan pekerja islam yang tidak amanah terlalu ramai berbanding bukan islam. Dimana silapnya? Ini semua berbalik kepada sejauh mana ilmu agama dan kefahamannnya kepada empunya badan.


Berbalik kepada satu perkara penting yang ingin saya ketengahkan, iaitu RUKUN SOLAT. Ramai orang tahu solat, tetapi apabila ditanya rukun solat mereka hanya tahu ada 13 perkara, tetapi tidak tahu apa perkara tersebut. Amat-lah penting sekali kita mengetahui rukun solat, agar solat yang dilakukan sempurna di-sisi Allah SWT dan memberi kesan yang baik pada kehidupan dunia dan akhirat.



Abu Hurairah R.A meriwayatkan ,Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ,
’bayangkan di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu semua ada sebatang sungai.kemudian dia mandi di sungai itu lima kali sehari.adakah kotoran masih terlekat pada badannya?para sahabat menjawab ,tidak ada lagi kotoran yang terlekat pada badannya,’Baginda bersabda lagi,begitulah perumpamaan solat lima waktu.apabila ia dilakukan dengan sempurna ,Allah akan menghapuskan segala kesalahannya


-HR Bukhari dan Muslim-


Rasulullah SAW bersabda ,”sesungguhnya Allah memberikan rahmat dan malaikat NYA pula mendoakan bagi orang-orang yang solat pada saf yang pertama’

-H.R Ahmad dan Abu Daud-

Rasulullah SAW bersabda,”sesiapa yang solat berjemaah maka bagaikan beribadat sebanyak separuh malam dan pada esok paginya dia mengerjakan solat subuh secara berjemaah ,pahalanya bagaikan beribadat semalaman penuh”

-H.R Muslim dan Ahmad-






Mengikut Mazhab As-Syafie,  13 Rukun solat yaitu,

1. Niat.

2. Takbiratulihram.

3. Berdiri bagi yang mampu dalam solat fardhu.

4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.

5. Rukuk dengan toma`ninah, iaitu orang yang solat itu hendaklah tunduk sehingga dua tapak tangannya dapat mencapai dua lututnya dan berhenti diam seketika.

6. Iktidak dengan toma`ninah, iaitu berdiri semula dari rukuk dan berhenti diam seketika, disyaratkan jangan terlalu lama daripada bacaan yang ditetapkan di dalamnya.

7. Sujud dua kali dengan toma`ninah, sujud itu ialah meletakkan dahi di tempat sujud, disyaratkan hendaklah;

a. Orang yang sembahyang itu sujud di atas 7 anggota (dahi, dua tapak tangan, dua lutut, dan perut jari kedua kaki.)

b. Dan hendaklah ia meninggikan bahagian punggungnya dari bahagian kepalanya.

c. Jangan ada sesuatu seperti kain tudung yang bergerak bersamanya menghalang dahinya dari menyentuh tempat sujud. (jika ada kain yang menghalang, bermakna sujudnya tidak sah).

d. Hendaklah berhenti seketika (toma`ninah)

8. Duduk diantara 2 sujud dengan toma`ninah. Jangan terlalu lama sehingga melebihi waktu membaca bacaan yang ditetapkan di dalamnya.

9. Duduk tasyahhud akhir.

10. Membaca tahiyyat akhir.

11. Selawat atas nabi Muhammad SAW di dalam tahiyat akhir.

12. Memberi salam.

13. Tertib (iaitu yang dahulu didahulukan yang kemudian dikemudiankan.).

[Muhammad Khatib as-Syarbini, Mughni al-Muhtaj, Dar al-Makrifah Jilid 1, hal 206.]

Hanya sekadar tahu melakukan solat, tetapi tidak mengetahui apa rukunnya, itu adalah kesilapan besar. Kerana ilmu itu sangat penting, ibadah tanpa didasari ilmu maka ia tertolak. Sebagaiman, terdapat rukun islam & rukun iman, rukun solat juga ada.

Solat adalah perintah yang besar didalam islam, setiap manusia wajib melaksanakan, dalam melaksanakan wajiblah memeluk islam terlebih dahulu, baru lah belajar ilmu-ilmu mengenai solat. InsyaAllah semoga diterima Allah SWT, solat yang kita laksanakan.


“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku”. (Thaha: 14).

“Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup”. (Maryam: 31)

“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”. (An-Nisa’: 103).

“Pada hal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta‘atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat”. (Al-Bayyinah: 5)


Selamat menunaikan solat.

Mohd Qazar Yusop/Abdullah Ibnu Saiyari.





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...