"DUIT FREE"...NILAI SEBENAR & ATAS KERTAS TIDAK SAMA.

Isu penipuan resit, pemalsuan nilai sebenar bukanlah isu yang baru dan panas. Dari segi hukum, jelas sangat keharamannya,

1. Pemalsuan.
2. Tidak amanah & jujur.
3. Memakan hak orang.

Walaupun begitu jelas keharamannya, tetapi masyarakat kini tidak memandangnya dengan serius, malah ada yang mengamalkannya, atas tiket untuk simpanan program seterusnya dan ada juga yang melakukan pemalsuan untuk DUIT FREE.




Duit adalah harta benda, dan setiap harta benda ada pemiliknya/haknya, dan duit adalah perantaran untuk membeli & memiliki harta benda termasuk makan dan minuman. Bagaimana, seorang itu memakan harta yang bukan miliknya? Api neraka akan menyentuh dibahagian mana terdapatnya benda HARAM.

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

Tindakan buruk ini, bukan sahaja tercela kerana memakan harta yang haram, harta yang bukan haknya dan secara langsung berlakunya penipuan dan pemalsuan disitu, walaupun nilainya hanya RM 1. Islam, amat mengambil berat akan soal ini, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa,

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Apa yang saya pasti, hal ini berlaku disekeliling kita dan sudah menjadi tangunggjawab kita untuk mencegah sedaya yang mampu. Berdiam diri atau bersubahat adalah tindakan yang tidak sepatutnya, ancamana yang keras turut menimpa,walaupun kita tidak memakan harta tersebut.
Ingatlah, bahawa kehidupan ini adalah satu ujian, pengorbanan yang ikhlas tanpa melakukan tindakan penipuan resit, pasti memperolehi ganjaran berlipat ganda. Dan, apabila kematian menjelma dan menghadap Tuhan Yang Maha Esa di hari pengadilan kelak, pengorbanan ikhlas yang dilakukan pasti memberi manfaat besar ketika itu. Bertaubatlah daripada melakukan tidakan seperti ini dan cegahlah apabila berlaku dihadapan anda, jika tidak, pasti Makamah akhirat akan turut mengadili anda.

Hanya berbekalkan keyakinan tanpa ilmu dan palsu, mereka menghalalkan apa yang di haramkan oleh Allah SWT, semata-mata untuk kepuasan dunia tanpa memikirkan bahawa tindakan ini menjadi punca doa ditolak dan tidak dengar oleh Allah SWT. Oleh itu berhati-hatilah kamu sekalian insan.

Nabi Muhammad mengingatkan kesan harta haram terhadap munjat dan doa seseorang :-

Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)



Semoga kita semua mengambil iktibar dan berusaha untuk tidak bersekutu serta menjauhi tindakan-tindakan yang boleh membawa padah dunia akhirat. Berlaku jujurlah, walaupun mengalami kerugian harta benda, kerana sebenarnya kejujuran dan pengorbanan yang ikhlas lebih bernilai daripada "DUIT FREE" sudahlah hak orang haram lagi!.

Sekian.

Mohd Qazar Bin Yusop

Abdullah Yusop Al-Zainal Abidin.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...