Syair "Orang-orang beriman"


Assalammuailaikum kepada orang orang beriman,
Segala puji bagi Allah & Rasulullah,
Wahai orang orang beriman,
Kamu dikalangan hamba pilihan.

Wahai orang orang beriman,
Janganlah kamu berpaling dari kebenaran,
Setelah cahaya Tuhan berikan,
Itu tanda kamu hamba pilihan.

Wahai orang orang beriman,
Kamu ciptaan Tuhan,
Tuhan yang Maha Agung,
Tuhan yang Maha Penyang,

Wahai orang orang beriman,
Apa pilihan kehidupan kamu,
Setelah kamu tahu realiti dunia,
Apakah kamu masih leka,

Wahai orang orang beriman,
Dimana letaknya keimanan kamu,
Setelah Allah memerintahkan kamu menjadi orang bertaqwa,
Apakah sudah kamu  mencapai makam taqwa.

Wahai orang orang beriman,
Sentiasalah berada pada kebenaran,
Sesungguhnya kita berada di suatu zaman,
Zaman yang dipangil Fitnah dajjal,

Wahai orang orang beriman,
Rinduilah Imam kamu,
Imam yang bernama Muhammad,
Salam junjungan kepadanya,

Wahai orang orang beriman,
Lupakah kamu perintah Tuhan?,
Yang menyeru melaksanakan,
Laksanakan dakwah pada kebenaran,

Wahai orang orang beriman,
Berdoalah kepada Tuhan,
Mohonlah permintaan,
Permintaan di tetapkan Iman.

Semoga iman berkekalan,
Azab kubur jauh dibadan,
Seksa nekara terhindar,
Syurga abadi akan diberikan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...