ISU "SAYA NAK SENTUH ANJING" DI MALAYSIA



Tulisan ini saya sampaikan kepada rakan-rakan,saudara-saudara yang bukan islam di luar sana. pada 19 oktober 2014 , berlangsung festival "i want touch a dog" di petaling jaya selangor. Dan festival ini telah menjadi isu yang hangat diperdebatkan dan dipersoal, sebab ribuan yang hadir merupakan penganut islam. Dalam islam, anjing adalah haiwan yang tidak boleh disentuh kerana Islam telah menyatakan bahawa anjing,binatang yang bernajis dan jikalau tersentuh wajib membersihkan diri mengikut cara yang telah di tetapkan oleh Islam.

Islam tidak memandang anjing sebagai haiwan yang hina dan wajib dibunuh. Malah,dalam Al-Quran terdapat satu kisah sekumpulan manusia bersama anjing. Dan juga kisah sejarah islam, mengenai seoarang wanita pelacur yang memberi minuman kepada seekor anjing yang hampir mati kedahagaan,lalu atas tindakannya,wanita tersebut diampunkan dosa-dosanya. Namun, berdasarkan perkara ini, tidaklah bermaksud seoarang penganut islam boleh menyentuh,memegang & memeluk secara sengaja. Kerana islam telah menetapkan hal tersebut.

Seluruh rakyat malaysia boleh lihat,bagaimana keadaan haiwan anjing di malaysia. Anjing terdapat dimana-mana kawasan, seperti kawasan perumahan,sekolah dan taman permainan, Kecuali, jika terdapat anjing yang ganas dan membahayakan keselamatan orang awam, pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap anjing tersebut dengan mengurung atau memindahkannya ke kawasan yang sesuai.



Islam tidak membenarkan penganutnya untuk bermesraan dengan anjing seperti menyentuh dan memeluk. Kecuali peliharaan untuk tujuan pengawasan tanaman,menjaga kediaman dan berburu. Jikalau tersentuh,wajib membersihkan diri mengikut keadah yang telah ditetapkan. Jika tidak dibersihkan mengikut kaedah yang telah ditetapkan, orang tersebut tidak boleh menunaikan ibadah,kerana syarat untuk menunaikan ibadah, diri mestilah bersih daripada najis,termasuk sentuhan anjing.

Sebagaimana orang kristian mempercayai bahawa ajaran kristian itu adalah benar dan tidak boleh disangkal, sebagaimana orang kristian menyakini dan mempercayai setiap ajaran jesus yang terkandung dalam kitab bible, diikuti tanpa was-was dan tidak boleh disangkal. Dan,orang hindu yang memuliakan haiwan lembu dan menyakini bahawa haiwan itu suci.

Serupalah kami penganut islam,mempercayai dan menyakini serta tidak menyangkal ajaran islam yang telah menetapkan peraturan mengenai anjing.

Mari kita bincang mengenai haiwan buaya, buaya adalah haiwan pembunuh dan pemakan daging, umumnya semua manusia tahu, buaya haiwan yang agresif dan tangkas dalam memburu mangsa. Tidak ada seorang pun manusia yang memelihara buaya seperti dia memelihara kucing dan anjing.

Buaya adalah ciptaan Tuhan, tidak ada manusia yang boleh mengubah sifat buaya kerana Tuhan telah menetapkan sifatnya begitu. Tuhan telah menciptakan pelbagai makhluk dengan pelbagai sifat dan keadaan termasuklah anjing.


Dan Tuhan Yang Esa yakni Allah SWT, telah menetapkan haiwan anjing & babi tidak boleh disentuh secara sengaja. Kecuali apabila terdapat keadaan yang membolehkannya. Keadaan seperti menyelamatkan anjing daripada terperangkap,mati dan darurat.

Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar keharmonian dan berpaduan antara penganut agama di malaysia kekal harmoni. Janganlah antara penganut agama membangkitkan isu yang boleh mencetuskan pergaduhan dan perbalahan. Sudah pasti,membawa padah pada keamaan Negara dan menganggu aktiviti seharian. Saling menghormati, dan mentaati pegangan agama haruslah wujud pada diri kita agar kita jelas mengenai sesuatu perkara.

Mohd Qazar Bin Yusop.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...