Takdir Allah mempertemukan aku dengan mereka.

Hari ini plan nak pergi swimming.. tapi hujan pulak..hermm, sesungguhnya petang ini rahmat Allah membasahi tubuhku yang banyak dosa ini. Tengok jam, kul 3 dah, opss aku ada test lab environment pula, dengan Dr ahmed brima.. tettt tettt, yes! done my test.. nittnottt, buka phone, ada mesej masuk!, :"tok, ambik mu aku, jam 5.30 aku balik kerja". akak saya.... then, aku balik bilik..baring baring jap... alamakkk, baru teringat akak aku pesan minta tolong beli cempedak & cocoanot shake. Ouhsssssss..
pukul 5.10 aku keluar dari UNITEN, then pergi ke pasar depan UNITEN beli 2 benda yang akak pesan tadi.. start engine, meluncur ke Putrajaya ambik akak.. akak tunggu kat stesen bus, then kami pergi pasar tani Purtrajaya, hajat ke sana, nak urut kaki. Sesampai sahaja ke pasar tu, terus ke khema urut kaki.. masuk dalam nampak ada 1 kursi kosong, yang 4 lagi penuh..pandang kat abang tukang urut..nampak dia tengah urut-urut tangan..uhh kesiannya, hati "kesiannya, takkan nak suruh dia urut pulak, tangan sakit tu" ermmm tak palah. cancel..bagi abg tu rehat...

Sampai UNITEN, kul 7.20, maghrib!.. "kak singgah sekejap masjid UNITEN, mau solat maghrib dulu". akak "Nah, iyala".. aku ambik wudhu..then naik atas... nampak 1 kumpulan budak lelaki, 3 org kat saff depan.. aku pergi sana, nak tau diorang buat apa.....

Orang arab rupanya..adik beradik kot.. seorang budak umur 7 tahun kot, duduk depan abg dia yang kanan dalam 12-15 dan yang kiri pun sama.... aku pandang2 diorang lah....

Oooooooo tengah baca & hafal Quran!, wow! awesome!.. adik tu baca kat abg dia yang kanan.. abg yang kanan tu tegur, salah! dia perbetulkan. adik dia pun ikutt..tengok mushaf balik, then hafal then baca kat abg dia. Alamaakkk comelll nya ~_~..abgnya yang kiri,sibuk hafal Quran, sekali sekala dia tegur yang adik tu.. (aku senyum-senyum je tengok adik tu, adik tu muka serius. haha)

Betapa indahnya keluarga tu, mereka berada dibulatan Al-Quran Al-Azim.. Firman-firman Allah yang menerangi alam ini bahkan hati-hati kita.. Mahfum hadis Rasulullah Saw, "sesungguhnya hati akan berkarat sepertimana besi berkara, & yang dapat membersihkannya dengan mengingati maut & membaca Al-Quran.

SubhnaAllah, umur sebegitu dah hafal Quran bersama-sama.. adik beradik kottt.. ada anak kita macam tu? adik baca, abg check.. berapa kerat sajalah kan.. Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi rahmat & penyebab rahmat turun, serta penyebab pengampunan Allah terhadap dosa-dosa yang dilakukan.

Inilah solusi yang terbaik bagi memelihara adik-adik,anak-anak&keluarga daripada terjebak kepada kemungkaran, penceraian & musibah.. Jika ada anak seorang pun, minta anak tu baca, biar ayah yang check..kalo tak da anak lagi..minta isteri baca, suami yang check. Walaupun, dah tahu baca & hafal. Tindakan tersebut penyebab & punca keberkatan hidup.

Apalagi yang penting dari keberkatan ? Hidup diberkati maknanya Allah redha, Allah redha nescaya api Neraka haram menyentuh kita.

Sesungguhnya inilah solusinya, marilah kita amalkan kita budayakan perkara ini dalam hidup kita, dalam keluarga kita. InsyaAllah, kebaikan pasti melimpah ruah & musibah jauh dari kita. Al-Quran adalah kalam Allah. Mukjizat Rasulullah, Kesan pembacaan & penghafalan pasti memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan isi kandung Al-Quran.

Sebagaimana diungkap oleh Aisyah rah.."Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran" ..Semoga kita mengamalkannya..

Selesai sahaja solat & berdzikir, aku pandang belakang, budak2 tadi tak da..balik awal kot.. rindunya suasana tadi :).. lepas tu, aku balik bilik. Apartment amanah. huuhuu.. Alhamdulillah.. ^_^
Assalammualaikum.

mohd qazar bin yusop.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...