Ikhtiar.


Mengikut kamus pelajar edisi ke 2.  Ikhtiar bermaksud.

" Daya usaha yang dilakukan untuk mencapai sesuatu: Bermacam-macam ~ telah dilakukan tetapi penyakitnya belum juga sembuh. berikhtiar mencari jalan untuk mendapatkan sesuatu; berusaha: Kerajaan sekarang sedang ~ utk menolong petani-petani. mengikhtiarkan mengusahakan sesuatu supaya berhasil; mencari akal: Mereka berjanji akan ~ pengumpulan wang utk membantu pelajar itu meneruskan pelajarannya.

Berdasakan penjelasan daripada kamus pelajar edisi ke 2, secara jelas dinyatakan bawah ikhtiar adalah satu perbuatan yang memerlukan daya usaha. Selagi berkeupayaan maka usaha tetap dijalankan, tidak ada alasan bagi manusia yang sempurna fizikal dan akal untuk diam menunggu bulan jatuh ke riba. Kecuali bagi mereka yang kurang upaya dan tidak sempurna akal.



Menyerah kalah dan bergantung kepada takdir adalah salah satu prinsip yang salah, prinsip yang membantutkan kegemilangan dan meletakkan seorang terus menerus dalam keadaan mat jenin, yakni panjang angan-angan.

Seorang manusia yang suka meminta-minta adalah amat ditegah, sebaliknya dia seharusnya berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu yang di inginkannya. Walapun hasil ikhtiarnya tidak seperti yang di jangkannya, tetapi itu adalah yang terbaik. Terbaik daripada meminta-minta.

Diriwayatkan dari Sahabat ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiyallahu 'anhuma, ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Seseorang sentiasa meminta-minta kepada orang lain sehingga ia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan tidak ada sekerat daging pun di wajahnya"    Muttafaqun ‘alaihi.

Abdullah bin Amru melaporkan, Nabi Muhammad menjelaskan, "Bahagialah orang yang masuk Islam dan diberi reziki yang mencukupi keperluannya tanpa dia perlu meminta-minta daripada orang lain. Serta Allah memberikannya rasa cukup dan puas atas apa yang diberikan oleh Allah kepadanya."   Hr Muslim.

Seorang manusia haruslah memulakan perbuatan yang baik, kerana ikhtiar yang berlandaskan kebaikan menghasilkan ganjaran pahala. Bertentangan dengan ikhtiar yang didasari dengan kelicikan pasti memudaratkan dan dicatit padanya dosa.

Nabi Muhammad SAW menjelaskan, "Sesiapa yang memulakan perbuatan yang baik, dia mendapat pahala daripada perbuatannya itu, dan juga pahala orang yang mencontohi perbuatannya itu, tanpa mengurangi sedikit pun pahala yang mereka terima. Sesiapa yang memulakan perbuatan jahat, dia mendapat dosa daripada perbuatannya itu, dan juga dosa orang yang mencontohi perbuatannya itu, tanpa mengurangi sedikit pun dosa yang mereka terima.".   Hr Muslim.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dunia ini luas, peluang-peluang kejayaan menanti di hadapan, terdapat banyak jalan dan keadah untuk mencapai setiap matlamat yang di idam-idamkan. Apabila ikhtiar mula difikirkan maka angan-angan akan berkurangan, seterusnya akan wujud tenaga dalaman yang menoloknya untuk melaksanakan ikhtiar bagi mencapai matlamat tersebut.

Mari kita renungkan firman Allah Taala,

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. "   Surah ar-Ra`ad ,ayat 11

Firman Allah Taala ini memberi erti seseorang hamba yang mengharapkan nasib yang baik perlulah mereka menjalankan usaha ikhtiarnya. Kalau tidak berbuat demikian, sudah pasti mereka tidak mencapai segala apa yang dicita-citakan.

Firman Allah Taala ini juga memberi erti Allah s.w.t menyuruh dan menggalakkan hamba-Nya bekerja dan berusaha tanpa berpeluk tubuh dan berpangku diri sahaja. Dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menunjukkan bahawa nasib seseorang hamba itu adalah mengikut usaha dan ikhtiar mereka sendiri.

Firman Allah Taala,

" Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya, bagi mereka balasan apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula balasan apa yang kamu usahakan, dan kamu tidak ditanya (atau dipertanggungjawabkan ) tentang apa yang mereka telah lakukan."   Surah Al-Baqarah, ayat 134.

Firman Allah Taala,

" Orang -orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, (maka berusahalah kamu)." Surah an-Nisa, ayat 32.

" Dan sesiapa yang melakukan sesuatu dosa, maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana) yang menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah!) Allah sentiasa mengetahui, lagi Maha Bijaksana" Surah ar-Ra`d , ayat 111.


Maka, apabila anda berikhtiar untuk memperolehi sebuah kejayaan pasti bulan akan jatuh ke riba. Sewaktu berikhtiar amat digalakkan untuk kita bertawakkal kepada Allah SWT.

 " Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan baginya jalan ke luar (bagi semua urusannya). Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (segala keperluan)nya” Surah ath-Thalaaq , Ayat 2-3.

Setelah berusaha kita serahkan keputusan usaha tersebut kepada Allah SWT, dalam keadaan yakin kepadaNya, JanjiNya pasti Dia tunaikan, yakni mencukupkan segala keperluan-keperluan kita.

Berputus asa daripada berusaha atapun malas untuk mengubah nasib adalah suatu kerugian yang amat besar ia merupaka kezaliman yang dilakukan keatas diri. Sedangkan, bumi ini begitu luas dan langit amatlah tinggi tambahan pula seruan berikhtiar amat digalakkan. Janganlah meletakkan diri dalam keadaan posisi tercerot, hanya memandang dan tumpang gembira atas kejayaan orang lain. Detik manis ialah apabila kita mencapai kejayaan hasil daripada daya usaha yang kita curahkan. Oleh itu, tidak ada alasan untuk gagal dalam hidup.



Mohd Qazar/Abdulllah ibnu saiyari.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...