Sifat orang yang maqam nya tinggi di hadapan Allah SWT.

"Lalu terangkan lah kepadaku tentang ihsan,"... Pertanyaan Malaikat jibril as kepada Rasulullah Saw..

lalu Baginda Saw bersabda, mahfumnya :"Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, Namun jika engkau tidak dapat (beribadah seolah-olah) melihat-Nya. Sesungguhnya ia melihat engkau".

Kisah ini telah diriwayatkan oleh  Sayyidina Umar ra, seperti yang dinyatakan oleh Imam Muslim dalam kitab nya, (Kitab hadis paling sahih yang pernah di karang).


Islam & iman ditanya dahulu sebelum ihsan, bermakna bahawa kedudukan ihsan itu selepas islam & iman. Ya, jikalau kita teliti dengan akal, fakta yang paling tepat mengenai penganut islam ialah. Mereka mengucap syahadah, termaktub mereka adalah orang islam, di ikuti dengan iman dan perlu kepada sifat Ihsan. & ihsan ini lah ibarat roh & fizikal kita sedang berhadapan dengan yang menciptakan kita.

Ia, nya tidak lah jelas di depan mata, tetapi jelas di sudut hati yang dalam yang disaluti keiman dan ketaqwaan kepada Allah SWT, jelaslah bahawa inilah antara maqam tertinggi disisi Allah SWT.


Mari kita melusuri makna ihsan oleh cendikiawan islam indonesia,

Sebuah amal dikatakan ihsan cukup diniati ikhlas kerana Allah, adapun selebihnya adalah kesempurnaan ihsan, kesempurnaan ihsan meliputi 2 keadaan:

1) Maqom Muraqobah- yaitu senantiasa merasa diawasi & diperhatikan oleh Allah dalam setiap aktivitinya, kedudukan ini yang lebih tinggi lagi.

2) Maqom Musyahadah- yaitu senantiasa memperhatikan sifat-sifat Allah dan mengaitkan seluruh aktivitinya dengan sifat-sifat tersebut.

Apabila ihsan disebut selepas islam & iman, sifat ini harus kita praktikan dalam daily life kita. Ya, mungkin sebelum ini kita tidak khsyuk dalam solat lalu kesan nur solat tersebut kurang kita rasai, sebelum ni kita berzikir namun hati kita masih tidak lama tenangnya. Oleh itu jom la kita bersama praktikan sifat ini dalam kehidupan kita dan semoga ia berkekalan abadi di jiwa kita.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...