"Bersabda Rasullullah s.a.w.", Berwasiat-lah kamu kepada wanita... "(Muttafa' Alaihi)


Wasiat Terhadap Wanita.




Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, "telah bersabda Rasullullah s.a.w.", Berwasiat-lah kamu kepada wanita dengan wasiat yang baik. Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Oleh kerana itu jika kamu meluruskannya dengan paksa maka ia akan patah, tetapi jika kamu biarkan ia akan tetap bengkok, maka berwasiat-lah kamu terhadap wanita dengan wasiat yang baik. (Muttafa' Alaihi)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, "telah bersabda Rasulullah s.a.w." "Janganlah seorang mukmin (suami) membenci seorang mukminah (isteri), kerana apabila ada perangainya yang ia tidak sukai, maka ia akan menyukai perangainya yang lain". : Atau beliau bersabda: " Ada orang lain yang menyukainya." (H.R. Muslim)

Diriwayatkan dari Amr bin Al Ahwash Al Husyamy r.a. bahawa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah pada haji wada', setelah baginda memuji Allah s.w.t., Baginda memberi peringatan dan nasihat, kemudian Baginda bersabda, "Ingatlah, berwasiat-lah kamu terhadap para wanita dengan wasiat yang baik. Kerana sesungguhnya mereka memerlukan perlindunganmu. Jangan kamu berlaku semena-mena terhadap  mereka, kecuali jika mereka terbukti membuat perlanggaran. Jika mereka membuat perlanggaran, maka janganlah kamu temani tidur mereka dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Bila mereka telah mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyakiti mereka. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu mempunyai hak ke atas isteri, demikian pula isterimu memiliki hak atas dirimu. Adapun hak hak kamu atas isteri isterimu; mereka tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam kamar peribadi mu, dan mereka tidak mengizinkan orang lain memasuki rumahmu tanpa izin darimu. sedangkan hak hak mereka atas kamu adalah agar kamu memberi pakaian dan makanan yang baik kepada mereka." (H.R Tarmizi )

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, "telah bersabda Rasulullah s.a.w." Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya. Dan orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik pada isterinya." (H.R. Tarmizi)

Diriwayatkan dari Iyas Bin Abdullah Bin Abu Dzubab r.a. ia berkata, "Telah bersabda Rasulullah s.a.w. " Janganlah kamu memukul kaum wanita." Kemudian datanglah Umar r.a. mengadap Rasulullah s.a.w. lalu berkata, " Para isteri sekarang telah berani kepada para suaminya." Lalu Baginda memberikan keringanan kepada para suami untuk memukul isteri isterinya. Selanjutnya banyak para wanita mendatangani Rasulullah s..a.w. untuk mengadukan perlakuan suaminya, maka Baginda bersabda, " Sungguh telah banyak para wanita yang datang ke rumah Muhammad, untuk mengadukan perlakuan suami suami mereka, maka mereka ( para suami itu) bukanlah orang orang yang terbaik di antara kamu." (H.R. Abu Daud dengan isnad yang shahih)

 Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. bahawasanya Rasulullah s.a..w. pernah bersabda; "Dunia adalah perhiasan, dan sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah" (HR Muslim)

 kitab SHAHIH RIYADHUS SHALIHIN karya Imam An Nawawi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...