Keindahan Nabi Muhammad SAW


Keindahan Nabi Muhammad SAW


Bahawa sudah cukup jelas, bahawa nabi kita Muhammad SAW di kurniakan Allah Azza Wajallah, seluruh sifat- sifat yang indah dan terpuji, namun semua sifat- sifat yang indah itu sangat bertalian dengan dua hal yang besar, pertama Keagungan dari sifat- sifat itu. Dan kedua Pancaran cahaya yang meliputinya,
kerana itu keindahan paras muka Baginda yang bersinar itu, tidak membawa akibat negative, bagi yang melihatnya.

Imam Ali Ka pernah berkata : Siapa yang melihatnya sepintas lalu. Pasti akan terpegun kerana kewibawaannya.


Sedang sahabat- sahabat lain berkata: Adalah Rasulullah Saw yang paling tenang, penuh wibawa, bila berada di suatu majlis. Menurut riwayat Abu Daud.


Ibnu Majah meriwayatkan, bahawa seorang datang menghadap Nabi Saw dengan menggigil ketakutan, maka berkata tidak mengapa, tenanglah hati anda..


Tatkala Amer Bin Ash menghadap Nabi untuk pertama kalinya ia berkata: Tak sanggup aku menatap wajahnya, kalau sekiranya orang bertanya kepadaku, tentang sifat- sifat beliau, rasanya tak sanggup aku menceritakannya, kerana mataku tak sepenuhnya dapat melihatnya. (Riwayat Muslim)


At- Tirmizi meriwayatkan dari Ibnu Abi Halah, bahawa bila Nabi S.a.w tengah berbicara, maka semua sahabat yang berada sekelilingnya tenang, sambil menundukkan kepala seolah- olah kepala mereka sedang di hinggapi burung.


Memang sahabat Nabi, tidak dapat memandang wajah Baginda dengan tajam, kerana keagungan dan wibawanya, yang dapat menceritakan dan mengambarkan sifat dan rupa beliau, adalah mereka yang masih kecil atau yang berada di bawah asuhannya sebelum masa kenabiannya, seperti Hindun Bin Abi Halah, dan Imam Ali ka.
Kerana keagungan dan kewibawaan itulah kirannya, maka siapapun yang duduk mendampinginya akan berdebar hatinya, terpengaruh oleh kewibawaan yang memancar dari pribadi agung nya, dan sebab itu, beliau selalu beramah tamah dan bersikap lemah lembut. Sekadar menenangkan dan menteramkan hati mereka.


Seorang wanita bernama Qiblah Binti Makram. Bercerita : Pernah aku melihat Rasulullah Saw duduk dengan tekunnya, tiba- tiba rasa takut menyelinap dalam hatinya. dan aku pun menggigil, kemudian terdengar suara orang berkata, Ya rasulullah kasihan benar wanita itu, ia menggigil takut akan engkau, maka beliau tampa melihatku, kerana aku berada di belakangnya berkata : kasihan benar ia, tenangkanlah hatimu; setelah ku dengar itu, segera lenyap rasa takut dari hatiku.


Dan Abi Mas`Ud Albadriy, menceritakan apa yang pernah dialaminya, ia berkata : Tatkala aku sedang mengajar(memarahi) seorang budakku tiba- tiba aku dengar suara dari arah belakang, mulanya aku tidak mempedulikannya, kerana amarahku sedang meluap. Rupanya itulah Rasulullah Saw dan ku melihatnya, maka cemeti yang ku pegang jatuh ke tanah, dan beliau berkata kepadaku : Demi Allah, tuhan dapat berbuat kepada dirimu, lebih dari apa yang engkau lakukan sekarang, maka dengan suara terkedu aku berkata : ya Rasulullah demi Allah aku tidak akan mengajar(merotani) lagi budakku sesudah ini.


Adapun pancaran nurani yang menghias Keindahan dan Keagungan Nabi Saw sebagai yang tersebut pada sifat- sifat dan gambaran wajahnya, maka itupun dalam erti yang hakiki, dan cahaya baginda adalah pertama yang dijadikan oleh Allah, seperti yang diriwayatkan oleh Hadis Jabir, dan menurut Azzarqani, hadis itu juga diriwayatkan oleh Al-Naihagiy, dan tidak bertentangan dengan hadis riwayat At-Tirmizi, bahawa makhluk pertama yang dijadikan Allah adalah Alqalam sebab antara keduanya dapat disesuaikan pengertiannya, Hadis Jabir yang meriwayatkan, bahawa Nur Muhammad lah yang pertama dijadikan oleh Allah, bererti bahawa Allah yang menjadikan segala jenis cahaya, menciptakan Nur Muhammad, sebelum cahaya- cahaya lainnya.





Dan yang dapat memperkuatkan tentang Nur Muhammad ini, ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ali Bin Husain Ra dari ayahnya Ali Bin Abi Thalib Ra bahawa Nabi Saw bersabda :


“Dahulunya aku ini cahaya di hadapan Tuhanku”. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnul Qathaan, seorang ahli dalam ilmu hadis yang terkenal sangat cermat dalam meneliti riwayat dalam sanad hadis, Allah Swt Berfirman
Sesungguhnya telah datang kepadaku cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan
(Al Quran Surah Al Ma`Idah : 15)


Sebahagian ulama menafsirkan cahaya dalam ayat ini, ialah Muhammad, demikian dalam tafsir Athabariy, Ibnu Abi Hatim, dan Alqurtubiy yang mengutip tafsiran Qatadah.
Di samping itu, riwayat- riwayat yang cukup banyak, disaat kelahiran Nabi Saw di mana, ditambah lagi dengan hadis riwayat At-Thabarani; kami melihat cahaya memancar dari padanya.


Dan hadis Riwayat Ibnu Abbas : Bila Rasulullah berbicara bagaikan cahaya bersinar dari arah mulutnya ( Riwayat At-Tirmizi dan Addarimizy) demikian juga Ibnu Abi Halah menurut riwayat At-Tirmizi yang lain dalam menceritakan sifat- sifat Nabi Saw berkata- ia diliputi oleh sinar cahaya, dan Aisyah berkata sedang aku duduk bersama Nabi Saw yang tengah memperbaiki sepatunya, maka ku lihat keringat beliau membasahi keningnya, dan kulihat keringat itu berkilauan, aku pun hairan tercengang, lalu Nabi Saw berkata kepadaku : mengapa engkau tercengan hai Aisyah? .Kerana keningmu yang berkeringat menyinarkan cahaya jawabku cepat.





Memang ada segelintir orang, yang memahami erti Nur Muhammad bahawa nabi adalah cahaya, sehingga dibayangkan olehnya, seolah- olah baginda itu seperti pelita yang menyorotkan cahaya, pada hal Nabi Saw jauh lebih mulia dan agung, dari anggapan yang demikian, ada kalanya memang cahaya dalam erti hakiki nampak terlihat dari padanya, seperti cahaya yang memancar dari benda yang bersinar lainnya, namun itu tidak selalu terjadi, hanya dalam rangka Mu`Jizat- Mu`Jizat Baginda Saw. Bahkan hal itu pernah terjadi sementara pada diri sahabat Nabi Saw.


IndaHnya Rasulullah SAW kita (^_^).
alfikirummat.blogspot.com

Kami merinduimu YA RASULULLAH
di adaptasi dan sumber dari kitab Insan Kamil (Muhammad SAW) karangan As-sayyid muhammad alwy al-maliki.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...