^ reflexsology dan sarung kaki.


Setiap organ pada tubuh badan mempunyai refleks terhadap organ-organ dan bahagian tubuh yang lain. Dalam ilmu biologi, refleks organ kepada otak dan sistem saraf dipanggil sebagai simpatetik. Itulah sebabnya mereka yang mengalami sesuatu masalah penyakit yang paling kronik di mana-mana organ di kawasan abdoman akan mengalami masalah sakit belakang (kerana kesakitan organ akan mengalir ke saraf tulang belakang).

Gambar rajah di atas menunjukkan simpatetik organ dengan saraf tunjang.

Gambar rajah di atas ialah carta reflexsology. Ia menunjukkan organ tubuh refleks melalui simpatetik ke bahagian kaki.

Tangan dan anggota lain tubuh semuanya mempunyai refleks daripada keseluruhan organ tubuh temasuk organ itu sendiri.

Organ pada tubuh badan yang mengalami gangguan, kelamahan atau masalah boleh dialirkan tenaga kepada organ tersebut melalaui urutan yang mampu mencapai keseluruhan organ tersebut. Salah satu caranya ialah melalui urutan pada bahagian yang mempunyai refleks yang menyeluruh terhadap tubuh. Tapak kaki merupakan bahagian yang paling menyeluruh refleksnya terhadap organ-organ pada tubuh badan. Kerana itulah wujudnya rawatan urutan Refleksology.

Untuk menjaga kesihatan tubuh yang optimum, memakai sarung kaki adalah amat digalakkan terutama kaum wanita. Berbanding lalaki, kaum wanita dan kanak-kanak lebih mudah kehilangan tenaga melalui tapak kaki disebabkan pengaliran elektron keluar melalui tapak kaki serta mudah dicemari oleh proton dari persekitaran. Oleh itu wanita amat digalakkan untuk memakai stokain atau sarung kaki walaupun berada di dalam rumah terutamanya ketika tidur. Sebagai amalan, memadai sekiranya kaki diselumutkan atau dibedung ketika tidur.

Stokin yang terbaik hendaklah berwarna putih dan dibuat daripada kain kapas (cotton). Kaki yang terlindung oleh kain kapas terpelihara caj-caj elektromagnetiknya daripada mudah tercemar atau menjadi lemah. Dari kaki yang kotor, lemah dan tercemar, organ-organ tubuh mudah menjadi lemah kesan refleks daripada tapak kaki.
Organ pada tubuh juga mempunyai refleks kepada wajah. Mereka yang sihat akan berseri pada wajahnya. Dalam rawatan Colour Vibration Therapy, menyapukan Aromatherapy Seri Wajah kepada wajah atau menggunakan teknik Facial Hidrotherapy Ice akan membantu menterapikan organ melalui wajah. Orang yang sihat tubuh badannya akan berseri wajahnya.
OLEH PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
sumber : http://rawatankesihatan.blogspot.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...