Risalah Muktamar Ikhwan kelima (terus terang)

Risalah Muktamar Ikhwan kelima (terus terang)




Wahai ikhwanul Muslimin, terutamanya golongan yang berkobar-kobar semangatnya dan ingin cepat sampai ke matlamat!


Dengarlah kalimahku yang nyaring dan lantang di atas mimbar muktamar saudara-saudara ini. Sesungguhnya langkah-langkah jalan yang kamu ikuti telah digariskan dan batas-batasnya juga telah diletakkan. Aku tidak akan mencanggahi batas-batas yang telah aku yakini dengan sungguh-sungguh sebagai satu jalan yang paling selamat dan mencapai tujuan kita.

Ya, boleh jadi itu merupakan jalan lain. Sesungguhnya kelakian seseorang akan dapat dilihat pada kesabaran, kegigihan , kesungguhan dan amal yang berterusan.

Barangsiapa dari kalangan kamu yang ingin memetik buah sebelum masaknya atau hendak menyunting bunga sebelum mekarnya, maka aku tidak akan bersama mereka walau apapun yang berlaku. Lebih baiklah mereka meninggalkan dakwah ini dan memilih dakwah yang lain. Sesiapa yang bersabar bersama aku sehingga benih yang ditanam menjadi bibit, bibit menjadi pokok, pokok melahirkan buah-buah yang masak yang telah tiba masa memetiknya, maka ganjarannya terserah kepada Allah swt dan kita dengan Dia tidak akan terlepas dari salah satu dari dua kebaikan.

“Sama ada kemenangan dan mendapat kekuasaan ataupun mati syahid dan kebahagian”


oleh Imam As syahid Hassan al- Banna



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...