Peringatan Buat Saudariku.....



Peringatan Buat Saudariku......

Saudariku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian
sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum
aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk
mendekatimu; namun...... tidak semua bunga senang
untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang
memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah
terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang
memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang
kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya......

Saudariku.....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar
aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan
perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan
keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu
dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri
seorang wanita solehah ialah
ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak
melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih
berharga dibandingkan dengan sesuatu yang
terdedah ...... umpama
sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum
dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup
.....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata
yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah,
wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq
dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan
yang bernama Adam......

Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan
nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih
lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah
mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...

sesiapa yang inginkan kebaikan
maka Allah akan memudahkan baginya
jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau
mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........


Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu
kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi
perisai yang dapat membentengimu...Sesungguhnya nabi
ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu
fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela
selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah
yang berpunca daripada wanita"………….

Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu
hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah,
jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu
untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allah
telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan
sentuhan lembut tangan mu.....


Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi
dan menyayangi,itulah fitrah semulajadi setiap insani
namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta...
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang
salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan
kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta
keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya
kerana sebuah cinta...

Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta"
cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam
membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau
meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana
Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta ,
Cintailah dirimu terlebih dahulu ,
mengka***** hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,
yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu
mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh
Allah..

Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan
kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih
pada penciptamu............

Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi
cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan
abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila
diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak
dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah
sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu
sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu
mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah
muslimahmu.....

Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu
bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi
iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang
abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,
cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu
gagal , kecewa , menderita dan terseksa, oleh itu
tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan
kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal
abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri."
                                            
"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH,
CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN
MAHARNYA......"

-candyflower -

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...