IBU...IBU...Engkaulah Ratu HatieQ...((:




Anak. Kelahiran yang dinanti oleh setiap insan yang berkeluarga. Kehadirannya memberikan sejuta rasa yang tak mampu diungkapkan dengan madah dan bicara. Penjagaan rapi telah diberi sejak di awal usia kehamilan. Itulah barakah. Nyawa yang mampu mengubati segala kesakitan. Pahit dirasakan manis. 



 


Sesungguhnya di dalam perut ibu kita membesar. Dari sekecil zarah hingga sebesar 3-4 kg. Bagaimana ibu menjaga kita dari usia sehari sehingga di usia sembilan bulan. Dari badan ibu yang kecil molek sehingga membesar dan mengembang dan mengubah fizikal tubuh ibu. Ibu tak pernah peduli apa yang akan terjadi pada diri tetapi yang difikirkan hanya apa yang akan terjadi pada bayi. Lihatlah pengorbanan ibu.  Bila menangis, kita cari mak. Bangun tidur, kita cari mak, Bila nak makan, kita cari mak. Bila nak duit, kita cari mak. Semuanya mak, mak, mak....

Kalau nak dicerita tentang pengorbanan ibu rasanya semua dah sedia maklum. Tapi berapa ramai yang tahu menjaga hati ibu? Membantah, membangkang, menarik muka masam, melawan kata-kata ibu. 'Ibu tiada hak mencampuri urusan anak', 'Ibu tak belajar tinggi-tinggi, mana ibu tahu', dan macam-macam lagi lah ayat-ayat pedas yang mampu meruntum hati ibu. Wajarkah dilakukan semua ini?

"Kami perintahkan kepada manusia supaya mereka berbuat baik kepada ibu dan bapanya. Ibu mengandungkannya dalam keadaan lemah yang semakin lama semakin bertambah dan menyusuinya hingga dia berusia dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu dan hanya kepada Akulah engkau kembali" (Surah Lukman: ayat 14)

Janganlah disakiti hati ibu walau sebesar zarah sekalipun. Renungkanlah, setitik air mata ibu yang jatuh mengalir, besar dosa yang terpaksa kita tanggung. Sanggupkah kita melihat air mata ibu tumpah di pipi? Ibu, doanya amat dimakbulkan. Keredhaannya mendatangkan keberkatan. Hidup pasti tiada tenangnya andai si anak merobek hati ibunya. Hidup si anak akan goyah kerana doa ibu dapat menghancurkan masa depan anaknya yang derhaka.

Didiklah hati agar peribadi kita disenangi oleh ibu. Jagalah hati ibu kerana kita hanya ada seorang sahaja ibu di mukabumi ini. Seorang ibu mampu menjaga dan melahirkan kita, kenapa kita tak mampu menjaga sekeping hatinya? Sempena Hari Ibu ini, saya mengharapkan semua anak-anak sentiasa menghargai dan mengasihi ibunya. Luahkanlah kata-kata cintamu pada ibumu dengan sebenar-benar sayang. Ibulah tempat kita bermanja dan dari rahimnya lah kita mengenal dunia. 

Terima kasih mak, sebab melahirkan aku..
Terima kasih mak sebab dah membesarkan aku..
Terima kasih mak sebab dah mendewasakan aku..
Terima kasih mak sebab sentiasa bersabar dengan perangai aku..
Terima kasih mak sebab sentiasa berada di sampingku..
Terima kasih mak sebab sentiasa memarahiku..
Terima kasih mak sebab mak tak pernah meninggalkan aku walau sesaat pun..
Terima kasih mak atas segalanya..
Terima kasih.....
 
 

P/S : Syurga d bawah telapak kaki ibu...untuk mendapat redha Allah.kna ar mendpat redha Ibu terlebih dahulu yaa.....insyaALLAH...semoga Allah akan sentiasa merahmati ibu kta semua....=)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...