kelompok yang menentang Hosni 'Mubarak"

Antara kelompok yang menentang kepimpinan Hosni Mubarak di Mesir ialah:
 
Gerakan Pemuda 6 Aprilmerupakan kelompok yang bergabung dalam laman sosial facebook yang menyokong mogok pekerja pada 6 April 2008. Kelompok ini dianggotai oleh kumpulan anak muda Mesir yang berhadapan dengan masalah pengangguran, sebahagian besar daripada mereka mempunyai pendidikan tinggi. Mereka turut menuntut agar peraturan darurat ditamatkan dan mendesak seluruh menteri dalam cabinet Hosni Mubarak melepaskan jawatan. Turut diperjuangkan ialah kadar upah minimum.
Ikhwanul Muslimin (IM)- ditubuhkan sejak tahun 1928 dan pernah diharamkan beberapa kali, termasuk menangkap dan memenjarakan beberapa orang pemimpin utamanya, misalnya Hassan al-Banna (pengasas) dan Syed Qutb. Kini telah dipimpin oleh Mohammed Badie dan merupakan kumpulan pembangkang yang terbesar. Pengaruhnya menjalar hampir ke seluruh negara Islam. Mendapat sokongan 20 peratus pengundi Mesir sebelum kehilangan hampir semua wakilnya dalam pilihan raya parlimen pada awal Disember 2010 yang lalu. Keahlian kumpulan ini merupakan canpuran antara aktivis dan pekerja sosial, dan prinsip perjuangan mereka ialah menolak penggunaan kekerasan dan berhasrat membentuk negara berdasarkan hukum Islam.
Penyatuan Kebangsaan Untuk Perubahankelompok ini digerak dan dibentuk pada tahun lalu oleh pemenang hadiah nobel, iaitu bekas Ketua Pemeriksa Badan Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed ElBaradei. Prinsip asas perjuangan kumpulan ini ialah mempromosikan demokrasi dan menghapuskan amalan rasuah. Ia turut disokong oleh penyokong parti liberal dan Islam, dan tuntutan kumpulan ini ialah agar Hosni Mubarak membubarkan parlimen sejak tahun lalu. Kelompok ini menganggap Mubarak sedang menubuhkan kerajaan peralihan dengan harapan akan kembali berkuasa selepas keadaan menjadi tenang.
Parti Ward – merupakan kelompok parti liberal yang dipimpin oleh Al-Sayed al-Badawi. Parti ini merupakan blok pembangkang terbesar dalam parlimen baru setelah memenangi kerusi pada awal Disember lalu, namun bagi pusingan kedua pilihan raya bercadang untuk memboikotnya kerana menganggap pilihan raya berlangsung dalam keadaan yang kurang adil, meluasnya penyelewengan kuasa telah digunakan oleh Hosni Mubarak.
Parti al-Ghad – juga merupakan parti liberal yang dipimpin oleh Ayman Nour dan telah ditekan dengan kerasnya apabila mencabar Hosni Mubarak dalam pilihan raya presiden pada tahun 2005.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...