SUNNAH RASULULLAH SAW KETIKA MEMAKAI DAN MENANGGALKAN PAKAIAN


Di antara perkara yang sentiasa berulang dalam kehidupan seharian kita adalah memakai pakaian dan menanggalkannya ketika ingin membasuhnya, tidur atau sebagainya. Sunnah Rasulullah saw ketika menanggalkan pakaian adalah:

1. Membaca Bismillah sama ada ketika memakai atau menanggalkan pakaian. Imam Nawawi berkata,`Membaca Bismillah adalah digalakkan ketika melakukan segala amalan`.

2. Apabila memakai baju, penutup kepala atau serban, Rasulullah membaca :
    ."allahumma inni as`aluka min`khairi wa`khairi maa huwalah wa`auzubika minn syahrri wasyrri maa huwalah".
  "Ya Allah! Aku memohon daripadamu kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan aku berlindung darimu keburukan pakaian ini dan keburukan apa yang ada padanya."
       ( Direkodkan oleh Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad, ditashih oleh Ibn Hibban dan Al-Hakim mengikut syarat Muslim dan ini dipersetujui oleh Az-Zahabi)

3. Memulakan memakai dengan angota kanan berdasarkan hadis Rasulullah saw.:
   "Apabila kamu memakai pakaian hendaklah kamu memulakannya dengan anggota kanan."
             (Direkod oleh Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah. Hadis ini adalah hadis sahih)

4.Beliau menanggalkan pakaiannya dan seluarnya dengan mendahului anggota kiri, kemudian anggota kanan.

Share it