punca segala kegagalan hidup

pokok dari semua maksiat dan kelalaian serta syahwat itu, kerana ingin memuaskan hawa nafsu. sedang pokok dari segala ketaan, kesederan dan kesoponan akhlak budi, ialah kerana ada penahanan terhadap hawa nafsu.

sebagaimana firman Allah swt:

Dan aku tidak mengakui kebersihan diriku, kerana hawa nafsu itu selalu mengajak berbuat kejahatan, kecuali bagi siapa yang mendapat rahmat Tuhan, sungguh Tuhan-ku Maha pengampun lagi penyang. "yusuf :53"

Abu hafsh berkata :
   siapa yang tidak menuduh hawa nafsunya sepanjang masa, dan tidak menentangnya dalam segala hal, dan tidak menariknya ke jalan kebaikan, maka ia telah tertipu. Dan siapa yang memandang padanya dengan merasa sudah baik, bererti telah membinasakannya.

Al-junaid berkata :
jangan mempercayai hawa nafsu mu, meskipun telah lama taat kepadamu, meskipun keduanya itu memberi nasihat kepadamu untuk berbuat ibadat kepada Tuhanmu.

Al-bushiry dalam burdahnya berkata :
  Lawan hawa nafsu dan syaitan dan jangan menurut keduanya, meskipun keduanya memberi nasihat kepadamu untuk berbuat kebaikan, tetap engkau harus curiga dan berhati-hati.

-terjemahan Al-Hikam, karangan Syaikh Ibnu Atho`illah-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...