( wahai umat Muhammad)

( wahai umat Muhammad)

Dan firman Allah Taala:
Kamu ( wahai umat Muhammad)adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyeruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benarnya iman).(Ali imran:110)
Dan firman Allah Taala:
Serulah kejalan tuhanmu (wahai Muhammad ) dengan hikmah kebijiksaan dan nasihat pengajaran yang baik. (An Nahl :125)



Firman Allah Taala:
Dan tetap tekunlah engkau memberi pengiratan, kerana sesungguhnya pengiratan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (Ad Dzaariyat:55).
Dari Urs Ibnu Umairah Radhiallahu anhu berkata bahawa, Rasulullah salallahu alaihi wasallam bersabda : Allah tidak menghukum setiap orang bagi kesalahan beberapa orang. Tetapi, Dia akan menghukum semua apabila yang taat tidak berusaha untuk menghentikan yang ingkar , Sedangkan mereka mempunyai kemempuan untuk melakukannya. (Tabrani dan Maimu”uz zawaaid)
Dari jabir Radhiallahu anhu melaporkan: Para sahabat mengadu: Wahai rasullulah salahu alaihi wasallam! Anak-anak panah (kaum) tsaqif telah menghujani kami, Laknatilah mereka (untuk kami). Rasullulah salallahu wasalam bersabda Ya ALLAH! Berilah hidayah kepada TSaqif kejalan yang lurus. (Tarmizi).
Dari Anas Ibnu Malik Radhiallahu anhu melaporkan: Rasullulah salallahu alaihi wasallam bersabda: pada malam ISra dan Mi”raj, daku telah melalui segolongan manusia yang lidah-lidah mereka digunting dengan api neraka. Daku bertanya kepada jibril alaihi salam, siapakah mereka? Beliau memberitahu daku, mereka ialah pendakwah dikalangan umatku, yang menyeruh orang lain kepada kebaikan tetapi mereka sendiri mengabaikannya, walaupun mareka membaca kitab Allah, tetapi mereka Tidak pernah memikirkannya. (Musnad Ahmad) .

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...