Nyalaan api Neraka


Keluasan Neraka

Betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah  mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untukbersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,  andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut  dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
 Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang  di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana  sangat panasnya,

Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.
" Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari  lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu  lebih  panas dari  yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih  panas)  

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang  yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta  keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang  musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama  Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
 Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang  yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

 Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,  sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar  kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar  kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
 Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar  dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila  sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan  kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
 racun yang hitam pekat.

10. Juga d i bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

 Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.


Mafhum Ayat Al-Quran:
" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami  turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami  menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat  oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...