Nasihat ke14

 wasiat al-imam assyabil rahamatullah

adalah di hikayatkan bahawa al-imam assyabil rahmatullah, telah berkhidmat kepada 4 ratus orang guru. dan beliau juga berkata : aku telah membaca 4 ribu buah hadith, kemudian aku pilih daripada bilangan itu sebuah hadith yang benar-benar aku amalkan dan aku tinggalkan yang daripadanya. kerana aku telah memperhatikan  yang aku pilih ini dan aku telah mendapati didalamnya ada keselamatanku dan kesejahteraanku dan telah terkandung didalamnya segala ilmu orang2 dahulu dan ilmu segala orang kemudian maka aku merasa cukup dengan berpegang teguh dengannya. hadith itu ialah sebuah hadith yang pernah diwasiatkan oleh rasul saw kepada salah seorang daripada sahabatnya, hadith itu berbunyi:

Mahfumnya;
berkerjalah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal didalamnya. dan beramallah kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepadanya. dan buatlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau kedalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan seksaannya.

wahai anakku yang tercinta
apabila engkau mengetahui hadis ini, maka sebanarnya engkau sudah tidak perlu lagi kepada ilmu yang banyak.

kitab wahai anakku yang tercinta
karangan al-imam hujjatul islam abu hamad muhammad bin muhammad al ghazali ra.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...